Crush Part II

Assalamualaikum

Wahai crush disana, adakah awak sihat? Farah disini sihat-sihat saja. Alhamdulillah.. *Kenapa dengan aku ni?  Cuti selama 4 hari bagaikan 4 tahun. Well, itulah dialog aku kalau aku rindukan Capital A. (Gedikkan aku). Aku rajin update blog semenjak tahu yang Capital A ada blog. Aku pada asalnya malas nak suka dekat kaum Adam ni. Berharap agar jodoh datang bergolek. Tapi tak semudah itu. 

Kata Ustaz Azhar Idrus, Nak cari jodoh ni kena berusaha.

Sejak dari baca kata-kata Ustaz Azhar Idrus, aku berusaha la nak mendapatkan dia tu. Tapi kawan-kawan aku seringkali mengingatkan aku supaya jangan terlalu berharap. Tapi kenapa aku berharap sangat dengan dia. Capital A ni seorang yang patuh pada agamanya (Islam). Dia menepati ciri-ciri menantu yang ayah aku listkan. Sebab tu la aku berharap. Aku tak mau la berharap sangat, aku suka dia pun bukan sebab nak kapel-kapel. Mana best kapel-kapel, nak kawin terus, kan Indah bercinta selepas nikah. kan kan kan?

Aku selalu berdoa,  Jika dia jodohku, kau dekatkanlah aku dengan dia, Jika dia bukan jodohku, jauhkanlah aku dari dia. Ayat ni aku petik dari salah seorang kawan baik ku. Semenjak tu, aku selalu berjumpa dengan dia secara tidak sengaja, dan sengaja (aik, macam mana sengaja tu?). Dulu, aku jumpa dia langsung tak tegur, dia yang tegur aku dulu. Then, acap kali berjumpa, aku akan selalu tegur dia. Masya Allah, dia punya senyuman, sangat menyentuh, menusuk kalbu ku. Tak dapat nak bayang kan betapa happynya aku time tu. Rasa macam nak pengsan. 

Kalau jumpa dekat kafe lagi lah.. rasa lapar tu terus hilang. Tengok muka comel dia pun dah kenyang. 
Gilakan aku nih? tak pernah lagi aku suka dekat seseorang tu sampai aku berusaha dapatkan nombor telefon  dia. Sekarang aku dah dapat nombor telefon dia. Selalu aku yang texting dia, sebab dia nak texting aku, dia malu, segan.. so sweet. (bagi pelempang sikit kat muka aku ni!). 

Sekian sudah entry aku pasal CRUSH aku....

0 comments:

Post a Comment