Cara cara nak bunuh nyamuk


Ok uollss.. ikut step ni then....


OK anda telah membunuh nyamuk dengan murah dan mudah.. tak payah nak beli ridsect bagai.. dah la mahal, beracun, kita hidu pulak bau racun tu... selamat mencuba!!!

Shintaro Ohata

Its look like only a painting right? But wait...



















 Japan people soo creative :)


Female Power Cord

Time ni tengah buat practical lab semester 2 dulu nuhhh... tengah tercari2 mana pulakjumper nih.. then baru perasan kat laci tu tulis female power cord. Apa maksud dia female power cord. Letak nama lain pun boleh kan...

Female Power Cord

Powerchord pun ade jantina? puhahaha.. sapa pikir lain dia macai!!! Muahahaha!!

Crush part III


Lumrah manusia kalau kita ada seorang yang kita admire sangat... Tak terkecualilah aku ni.. HOHOHO!!~~
Cakap cakap pasai crush dengan Aida and Azra. Yang si Azra ni ceghita pasal ex dier ni.. Yang si Aida pun cerita jugak pasal ex dia (LM).. Sakan engko bercerita~~ Then Aida cakap

"Ingat tak kak Farah cakap, Jodoh Boleh Diubah. Tapi kite kene berdoa lah"
"Eh, yeke?! " aku macam kera dapat bunga
"Yelah, kalau kita tak nak dia jodoh kita, kene berdoa, kalau kita nak sangat2 dia sebagai jodoh kita, kena berdoa jugak"

Aku dulu ni dah hampir putus asa (T_T)... Cinta bertepuk sebelah kaki rasanya. Aku hairan, selalunya kalau aku makan nasi sepinggan memang tak cukup. Kalau nampak dia kat kafe. Terus rasa kenyang sampai tak habis makan. Then, bila dia blah dari kafe, aku usap2 perut aku "tadi rasa kenyang gila, ni rasa lapar" Penangan cinta!!!~~~~

Jodoh boleh diubah kau cakap??!!!


Practical Lab



Ni aku nak cerita pasal Lab yang aku buat haritu. Sebab apa aku cerita? ikut suka aku lah... puhaha
Begini ceritanya, ok macam biasa aku masuk lab repair... duduk dalam satu group. Puan bagi la Lab sheet kat group aku ni. Ok dah baca, calculation pun dah buat, tapi bukan aku tang buat, partner aku buat. hahaha. Aku lemah la kira-kira ni. Then, aku dengan si Camel tu pergi la cari equipment2 lab.. Tengah2 nak sambung litar tu, ade laaa sorang lecturer ni, check kami punya calculation. Dia cakap salah.Dia suruh betulkan. Ok, kami betulkan. Aku panggil la group sebelah aku ni macam orang meniru dalam exam

"Wei, suheel. Pinjam jap calculation kau! calculation aku salah la ~~"
"Kejap2, Nah"

Kami pun betulkan la calculation tu. Suddenly, ada lecturer entah dari mana datang pergi dekat group sebelah aku ni. Mintak calculation. tak pasal2 markah diorang kena tolak sebab bagi tiru. Heyy kamon laaa.. kami nak tengok betul ke tak. Dah practical nanti bukan boleh tanya. Kesian diorang. Tiba2, a wild lecturer coming..

"Mana  calculation?"
" Ni tengah nak betulkan sebab salah"
Dia tarik Lab sheet kami, then potong markah
"potong markah sebab tak buat calculation"

Bapak ahh... selamba jaaa lecturer tu potong markah. Macam pedang samurai potong tebu! Geram pun ada.. marah pun ada. Bukan sikit dia potong 5markah. Aku dengan Ann buat keje jahat. Kami tukar Lab sheet yang dia potong markah tu. Nasib baik aku ada buat copy. Ape masalah kau lecturer~~ eyyyy
Cakap suruh betulkan.. tapi potong markah sebab tak buat.. aku buat laaaa~~



Eyyyyyy Marah betul aku!!!

Mother

Assalamualaikum
Just now, my azra saw fazlin's parents send her back to hostel. We both amazed how her parents treat their daughter's.She 'usap' Fazlin's head meaning of love of a mother to her daughter. Suddenly azra said

'Untung sape dapat Fazlin nih. Dah la baik, comel, lemah lembut orangnye.'

'Habeh tu, aku pun lemah lembut jugak orangnya, untung sapa dapat aku'

'Krikk krikk krikk'

#Kurang hajo nih!!

I miss you MOM.. <3

Muhasabah Diri, Cara Qada Solat Yang Tertinggal


Assalamualaikum


Sebagai seorang Muslim kita semua tahu bahawa solat itu merupakan kewajipan yang Allah suruh seperti mana yang terdapat di dalam rukun Islam yang ke2. Selama kita hidup pernah tak kita tinggal solat? Kita manusia akhir zaman yang lemah imannya, sering kali lalai dalam kewajiban yang Allah suruh. Mungkin kita adalah dalam golongan orang yang pernah tinggal solat baik sengaja ataupun tidak sengaja. Sekarang rasa menyesal itu mungkin mula dirasai oleh kita semua disebabkan dahulunya jahil tentang agama dan sering tinggal solat walaupun sudah baligh dulu.


Alhamdulillah hari ini Allah masih lagi hidupkan kita, mungkin Dia tahu banyaknya dosa kita dan mahu memberi ruang kepada kita untuk bertaubat. Selagi ajal belum tiba eloklah kita semua qada solat kita yang kita tinggal dulu. Puasa yang ditinggalkan kena ganti, hutang dengan manusia pun kita kena bayar inikan hutang kita dengan Allah. Ok, apa yang mesti kita tahu tentang cara atau bagai mana mahu qada’ solat?
Ada pendapat yang mengatakan hanya perlu qada solat yang ditinggalkan kerana tidak sengaja terlupa atau tertidur dan tidak perlu qada solat yang sengaja ditinggalkan. Misalnya sembahyang yang ditinggalkan dengan sengaja kerana lalai semasa “muda-muda dulu”. Mereka mengatakan cukup dengan istighfar dan bertaubat sahaja. Sebenarnya pendapat ini tidak tepat kerana Rasulullah s.a.w. sendiri menqada solat yang ditinggalkan walaupun Baginda tidak tertidur atau terlupa.
Tidak ada qada dalam solat bukan bermaksud tidak perlu qada tapi tidak perlu sebut perkataan qadha semasa niat. Qadha ialah melakukan sesuatu ibadah di luar waktunya dan tunai ialah melakukan sesuatu ibadah di dalam waktunya. Secara mudahnya tunai “waktu Allah”, qadha “waktu kita”
Dari ‘Aisyah r.a katanya: ”Apabila Rasulullah s.a.w. lupa solat malam, umpamanya kerana tertidur dan sebagainya, maka baginda menggantinya pada siang hari dua belas rakaat.” (Muslim)
Cara niat Qada bagi solat fardu lima waktu pula ialah:
1.   Solat Maghrib:
“Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”

2.   Solat Isyak:
“Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”

3.   Solat Subuh:
“Sahaja aku Solat Fardu Subuh dua rakaat qada’ kerana Allah Ta'ala”

4.   Solat Zuhur:

“Sahaja aku solat fardu Zuhur empat rakaat qada’ kerana Allah Ta'ala”

5.   Solat Asar:

“Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat qadha’ kerana Allah Ta'ala
Ada orang bertanya : Jika kita tertinggal solat (sengaja dan tidak sengaja) sejak akhil baligh sehingga sekarang (20-an; banyak waktu), perlukah di qada semua jumlah solat yang tertinggal itu atau cukup dengan melakukan solat taubat?
Jawabnya, Wajib qada solat yang telah tertinggal. Disini ada dua cara untuk qada,  pertama jika seseorang yang tahu sebanyak mana dia telah tinggalkan solat fardhunya, maka qadakanlah mengikut bilangan yang telah ditinggalkannya.

Cara kedua adalah bagi yang tidak tahu secara detail berapa banyak yang telah ditinggalkannya, yakni semenjak akil baligh, buatlah anggaran berapa banyak solat yang perlu diqada dan berhentilah jika sudah yakin solat itu sudah diqada kesemuanya. Cara yang terbaik adalah selepas selesai solat fardhu lakukan solat qada, buatlah berterusan begitu moga-moga diterima Allah.

Selain itu ada juga orang bertanya,  jika ditakdirkan meninggal sebelum sempat mengqada semua solat itu (tetapi sudah buat solat taubat) bagaimana?

Soal jika meninggal sebelum sempat mengqada kesemua solat itu, semuanya bergantung pada Allah, akan tetapi jika kita telah benar2 insaf dan niat untuk qada kesemua solat dan telah melakukan solat taubat dengan bersungguh-sungguh dan juga mengikuti segala perintah Allah, insyaAllah akan diampuni dosa-dosanya. Untuk pengetahuan semua, qada solat fardhu boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja tiada waktu larangan padanya. Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua dalam mendapat pengampunan daripada Allah SWT.
Wallahualam…….